Sunday, August 31, 2014

Salam Merdeka

Salam semua..

Selamat berhujung minggu dan Selamat Menyambut Hari Merdeka.. Alhamdulilah dah 28 tahun is menetap di Malaysia dan dilahirkan juga di Malaysia.. Syukur bila lahir-lahir je Malaysia dah pun merdeka.. tak seperti tok nenek kita, mak ayah kita yang terpaksa mengharungi zaman kominis, zaman penjajahan British.. Hari ini kita lahir di bumi Malaysia dalam keadaan yang aman dan tenteram.. Apa yang perlu dirisaukan hanya lah keadaan umat Islam di bumi Malaysia dan di seluruh alam.. penjajahan yang dilakukan tidak lagi berlaku ke atas negara kita, tetapi penjajahan dilakukan ke atas cara pemikiran kita..

Apabila kita mula jauh dari agama, jauh dari Islam, maka mudahkan pemikiran kita dijajah.. hari ini kita boleh lihat anak-anak muda terlibat dengan gejala-gejalan yang tidak sihat.. anak-anak kecik terdedah dengan rancangan-rancangan hiburan.. kemudahan teknologi yang berkembang pesat mengakibatkan anak-anak ni lebih terdedah dengan pengaruh negatif..

Tanyalah hati kita di sudut yang paling dalam "Apakah erti merdeka dalam hidup ini".. adakah merdeka itu bermaksud kebebasan yang tiada sempadan tanpa perlu merujuk hukum dan undang-undang.. atau merdeka hanya sebaris perkataan tanpa makna.. fikir-fikir kan lah.. apa erti sebuah kemerdekaan..





Saturday, August 16, 2014

Mom's Care Baby Product

Mom's Care Butik Bayi & Kanak-kanak



Mom's Care adalah butik untuk ibu-ibu dan bakal ibu yang ingin memberikan yang terbaik untuk bayi yang baru lahir dan anak-anak yang sedang membesar. 

Outlet pertama telah dibuka di Ampang Point Shopping Center pada tahun 1995. Mom's Care sentiasa meninjau keperluan pengguna yang besar. Oleh itu, lima tahun kemudian Mom's Care telah membuka cawangan di Mid Valley Megamall dan One Utama Shopping Center.

Misi Mom's Care adalah "Untuk menyediakan keperluan dan penjagaan yang terbaik untuk anak-anak anda", oleh itu slogan yang diguna pakai oleh Mom's Care adalah "the right choice for your child". Matlamat ini dapat dicapai dengan meletakkan kakitangan yang berpengalaman disetiap cawangan-cawangan Mom's Care di seluruh Malaysia. Mom's Care bukan sahaja menawarkan barangan keperluan dan kelengkapan bayi serta kanak-kanak, tetapi ibu bapa juga boleh mendapatkan khidmat nasihat tentang kehamilan serta tips keibubapaan. 

Mom's Care menawarkan lebih daripada 20 jenama antarabangsa. Ia merangkumi keperluan kelengkapan bayi  sehingga kanak-kanak berusia 3 tahun. Mom's Care juga menawarkan barangan jenama antarabangsa dengan reka bentuk terkini dan produk yang paling inovatif. Barangan yang ditawarkan terdiri daripada pakaian, produk penjagaan, aksesori kanak-kanak, tempat duduk kereta dan sistem perjalanan yang selamat untuk bayi dan kanak-kanak, peralatan tempat tidur dan juga mainan pendidikan dan sebagainya.

       


Senarai Cawangan-Cawangan Mom's Care di Malaysia

Mid Valley Megamall
F-41, 1st Floor
Tel:+603-2287 1088

One Utama Shopping Centre
S-317, 2nd Floor, New Wing
Tel: +603-7724 1121

Sunway Pyramid Shopping Centre
LG 1.19, Lower Ground Floor
Tel:+603-5632 2312

Ampang Point Shopping Centre
M-02- Mezzanine Floor
Tel: +603-4256 9331

Queensbay Mall (Penang)
2F-58,59 & 60, 2nd Floor 
Tel:+604-640 6706

Aeon Tebrau City Shopping Centre (Johor)
F-007, 1st Floor
Tel:+607-355 3312

Aeon Bandaraya Melaka
S-55, 2nd Floor
Tel:+606-286 3312

Maklumat lanjut hubungi:
Talian : 03-6731 7002

Powered by Blog - Pakar SEO