Salam semua..
Benang tersangkut pada mata jarum kait menyebabkan hasil kait menjadi tidak kemas dan mengganggu perjalanan sesuatu projek.. Lagi-lagi kalau baru mula nak belajar mengait, lepas tu benang asyik tersangkut tak lepas-lepas nak masuk dalam lubang kat jarum tu.. stress kan.. mengganggu emosi dan akan jadi cepat putus asa..
Diawal pembabitan izan dalam seni mengait, izan beli jarum jenama Rose double hook 2/0 & 3/0.. izan tak pasti samada jenama jarum kait ni masih ada di pasaran atau tidak.. kebanyakkan yang terdapat kat kedai-kedai ni jenama Tulip..
Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia seni kait ni, izan nak bagi tips pilih jarum kait yang best tuk dipakai.. Jika nak buat topi, kopiah, headband, bunga dan sebagainya yang menggunakan benang besar, pilih jarum 3/0 atau 4/0.. atau boleh jugak guna jarum 2/0.. tapi jarum 2/0 mata jarum tu agak kecik sedikit.. jika baru nak belajar, guna jarum yang mempunyai mata yang agak besar.. kemudian pastikan mata jarum kait tu tak tajam.. nak tahu tajam ke tak, letak jari dekat hujung jarung tu dan rasa tajam ke tak.. Mata tajam ni lah yang menjadi punca benang tersangkut pada jarum.. nak mengait pun jadi tak lancar dan tak best nanti..
Jika tak ada pilihan, boleh je beli jarum kait yang mata tajam tu tapi asah dulu dengan kertas pasir bagi tumpul sikit mata jarum tu.. kemudian barulah mula mengait..