Friday, July 31, 2015

Cara Ukur Buat Baju Kurung Moden (1)

Salam semua..

Arini izan nak share tutorial cara ukur buat baju kurung moden.. Istimewanya baju kurung moden ni kita boleh pelbagaikannya hanya menggunakan satu pola asas.. Bila dah ada pola tu nanti boleh buat blouse, dress, jubah.. Basicnya sama je.. Sebelum buat pola, ambil dulu ukuran dan ada pengiraan sedikit.. mudah je tambah tolak bahagi.. adik sekolah rendah pun boleh kira, tak perlu pakai kalkulator ye..
.
.

Barang yang perlu ada:

Pen
Kertas/Buku
Tali tape
.
.

8 perkara yang nak diukur (inci):

Bahu : 13 1/2 (ukur dari tulang bahu)
Panjang tangan : 22
Bahu ke pinggang : 15
Dada : 30
Pinggang kain : 28
Punggung : 36
Labuh baju : 40
Labuh kain : 39

**ambil ukuran masing-masing, pastu tulis kat kertas tu ye.. jangan ikut ukuran ni pulak.. kang tak muat nak pakai..
.
.
Lepas dah dapat ukuran, buat pengiraan untuk lukis pelan/pola pulak.. Basic pelan ni ada back view, font view, pelan lengan dan pelan kain.. 

Cara pengiraan buat pola/pelan baju kurung moden:


Bahu : 13 1/2 bahagi 2 = 6 6/8
Bahu ke pinggang : 15 @ D.D.B ke pinggang 7
Dada : 30 tambah 2 bahagi 4 = 8
Pinggang ke punggung : 8
Punggung : 36 bahagi 4 = 9 tambah 1/2
Labuh Baju : 40 @ dari punggung ke L.B 17
Bawah baju : 9 tambah 1 atau 1 1/2

**D.D.B = Dada Depan Belakang
** L.B = Labuh Baju

Ok, dah siap dah boleh lakar pola baju kurung moden kita.. Next entry nanti izan tunjuk macamana nak lukis pelan/pola.. faham kan dulu yang ni betul-betul k.. mudah je kan..

Ada yang tak faham tak macamana boleh dapat 6 6/8 ukuran bahu tu?. masing-masing pegang dan tengok tali tape masing-masing.. cuba kira dari satu inci ke 2 inci ada berapa senggat?. ada lapan senggat kan.. kemudian lipat tali tape tu 13 1/2 bahagi 2 bahagian.. anda akan dapat 6 6/8.. 

3 comments:

  1. salam puan. sy br nk blajar maaf kalau sy bertanya.
    saya x brapa paham yang bawah baju tu untuk apa. tq in advance !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam mommy pau pau. Terima kasih kerana bertanya. ;)kalau kita tengok baju kurung moden die macam straight cut kan. Kita tengok balik ukuran punggung. Contoh yang izan bagi 9 tambah 1/2 kan. Jadik lebar bawah baju mesti besar sikit dari punggung biar nampak kemas dan takde lah susah nak berjalan bila pakai baju tu nanti. Sebab tu ukuran bawah baju 9 tambah 1. Kalau nak kembang sikit 9 tambah 1 1/2 inci. Boleh dapat tak?hihi

      Delete
  2. Thanks for sharing. Tertarik untuk mempelajari bagaimana cara membuat busana muslim model terbaru tanpa harus mengikuti kursus jahit?. Anda bisa memanfaatkan pola baju muslim siap pakai dari Fitinline.

    ReplyDelete

Powered by Blog - Pakar SEO