Saturday, August 16, 2014

Mom's Care Baby Product

Mom's Care Butik Bayi & Kanak-kanak



Mom's Care adalah butik untuk ibu-ibu dan bakal ibu yang ingin memberikan yang terbaik untuk bayi yang baru lahir dan anak-anak yang sedang membesar. 

Outlet pertama telah dibuka di Ampang Point Shopping Center pada tahun 1995. Mom's Care sentiasa meninjau keperluan pengguna yang besar. Oleh itu, lima tahun kemudian Mom's Care telah membuka cawangan di Mid Valley Megamall dan One Utama Shopping Center.

Misi Mom's Care adalah "Untuk menyediakan keperluan dan penjagaan yang terbaik untuk anak-anak anda", oleh itu slogan yang diguna pakai oleh Mom's Care adalah "the right choice for your child". Matlamat ini dapat dicapai dengan meletakkan kakitangan yang berpengalaman disetiap cawangan-cawangan Mom's Care di seluruh Malaysia. Mom's Care bukan sahaja menawarkan barangan keperluan dan kelengkapan bayi serta kanak-kanak, tetapi ibu bapa juga boleh mendapatkan khidmat nasihat tentang kehamilan serta tips keibubapaan. 

Mom's Care menawarkan lebih daripada 20 jenama antarabangsa. Ia merangkumi keperluan kelengkapan bayi  sehingga kanak-kanak berusia 3 tahun. Mom's Care juga menawarkan barangan jenama antarabangsa dengan reka bentuk terkini dan produk yang paling inovatif. Barangan yang ditawarkan terdiri daripada pakaian, produk penjagaan, aksesori kanak-kanak, tempat duduk kereta dan sistem perjalanan yang selamat untuk bayi dan kanak-kanak, peralatan tempat tidur dan juga mainan pendidikan dan sebagainya.

       


Senarai Cawangan-Cawangan Mom's Care di Malaysia

Mid Valley Megamall
F-41, 1st Floor
Tel:+603-2287 1088

One Utama Shopping Centre
S-317, 2nd Floor, New Wing
Tel: +603-7724 1121

Sunway Pyramid Shopping Centre
LG 1.19, Lower Ground Floor
Tel:+603-5632 2312

Ampang Point Shopping Centre
M-02- Mezzanine Floor
Tel: +603-4256 9331

Queensbay Mall (Penang)
2F-58,59 & 60, 2nd Floor 
Tel:+604-640 6706

Aeon Tebrau City Shopping Centre (Johor)
F-007, 1st Floor
Tel:+607-355 3312

Aeon Bandaraya Melaka
S-55, 2nd Floor
Tel:+606-286 3312

Maklumat lanjut hubungi:
Talian : 03-6731 7002

1 comment:

  1. Info yang menarik...especially untuk ibu2 dan juga mommy to be...

    ReplyDelete

Powered by Blog - Pakar SEO